Kecam-kecam juga tapi duit mesti ambil. Macam tu ke? Itulah apa yang berlaku dalam sesi siaran langsung usahawan dan influencer, View Chin malam tadi selepas dikatakan memberikan RM50 kepada mereka yang bertuah.
Sesi itu dilakukan di akaun TikTok miliknya dan mendapat jumlah tontonan yang sangat ramai. Dalam pada itu, ada juga individu yang mendakwa rata-rata netizen dilihat menjadi ‘lalang’ di mana sebelum ini mengecam hebat View Chin tetapi terus menyokongnya kerana duit.
Netizen dituduh gelap mata dan jadi lalang selepas diberikan duit….
View Chin dapat lebih 10 juta likes dan 50,000 tontonan….