Siapa tak kenal dengan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Cik B. Populariti Cik B semakin meningkat selepas DSV selalu melibatkan anaknya itu dalam dunia pemasaran produk.
Baru-baru ini juga Cik B telah mengejutkan ramai orang apabila muncul dengan penampilan baru seakan-akan model antarabangsa.
Tapi, akhirnya perubahan penampilan Cik B ini terjawab apabila dia mula berkongsi gambar seorang lelaki yang dikatakan kekasih hatinya kepada umum. Ini lebih mengejutkan!
Gambar kekasih hati Cik B mula tersebar bila dia ada menaikkan Instagram Story dengan tulisan ringkas “With my fav person” dan jejaka itu turut membalas “My loveee”. Wow! Romantik betul.
Hasil carian kami, kekasih hati Cik B dikenali sebagai Aniq Suhair dan merupakan seorang pelakon muda yang kian meningkat naik. Sebelum ini juga Aniq viral bila ramai mengatakan wajahnya mirip penyanyi Korea Taehyung dari kumpulan BTS.
Di Twitter Cik B turut ada menulis yang dia kini sudah dimiliki akhirnya.
Tapi, ada juga peminat yang menafikan hubungan mereka dan menyatakan ia hanya propa untuk promosikan drama lakonan mereka berdua berjudul Lelaki Lingkungan Cinta.
Tengoklah lelaki lingkungan cinta besok pukul 9mlm TV3