Oh! Artis

Puteri Sarah Jawab Dakwaan Menangis Dan Letak Kepala Atas Bahu Jejaka Indonesia

Published on

Siapa yang ikut perkembangan pelakon, Puteri Sarah Liyana pasti mengetahui yang dia kini banyak bekerjasama dengan seorang ahli perniagaan asal Indonesia, Andi Arsyil untuk urusan kerja.

Bagaimanapun, ada pula satu video yang tersebar di TikTok menunjukkan Puteri Sarah seakan meletakkan kepala di bahu Andi ketika siaran langsung.

Sedar tentang dakwaan itu, Puteri Sarah tampil menafikannya dan menjelaskan ketika itu dia hanya berpaling muka ke arah Andi dan masih tahu batas bersama lelaki bukan mahram.

“Tak bolehkah mereka hidup dengan tenang?” – Soal Puteri Sarah.

Saya hanya berpaling ke arah Andi. Saya tidak letakkan kepada dibahunya. Janganlah asyik nak cari salah saya saja.

Boleh fikir secara logik, takkanlah saya nak letakkan kepala di bahu yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ketika siaran langsung.

https://www.tiktok.com/@hannankhaira_/video/7313587283792235784

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga sedar yang ada orang yang tidak puas hati dia berurusan dengan Andi kerana banyak yang sengaja tinggalkan komen jahat ketika siaran langsung.

Kredit: Harian Metro | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version