Oh! Artis

Polis Sahkan Punca Kematian Shebby Singh Tiada Kaitan Dengan Insiden Langgar Lari

Published on

Petang semalam sekitar jam 7 (12 Januari 2022) kita dikejutkan dengan pemergian bekas pemain bola sepak kebangsaan, Shebby Singh. Beliau yang juga merupakan bekas pemain Johor FA itu dipercayai menghembuskan nafas ketika sedang berbasikal di sekitar Sunway Iskandar.

Punca kematian tiada kaitan dengan sebarang insiden langgar lari

Punca pemergian Shebby yang dikatakan kerana langgar lari adalah tidak benar sama sekali. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungai pihak Utusan Malaysia.

Ya, meninggal di kawasan Iskandar Putri. Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah dia terbabas ketika sedang berbasikal.

Kejadian tersebut juga tiada kaitan dengan sebarang insiden langgar lari.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version