Agensi syarikat tersebut telah tampil dalam satu video di TikTok untuk menjelaskan hal sebenar mengenai isu antara pihak mereka dan Liana dengan lebih terperinci.
Jangan gunakan peminat
Menurut video tersebut, syarikat berkenaan meminta orang ramai agar tidak menyerang Liana mengenai masalah mereka tersebut.
Namun, pihak syarikat juga meminta Liana agar tidak menggunakan peminat untuk menyerang bakat baru dalam akaun TikTok yang pernah digunakan oleh Liana itu.
Mengikut kontrak, dia dibayar penuh dalam setiap penggambaran pada masa yang tepat. Ketika dia berkahwin, syarikat telah memberi dua utas gelang tangan serta memberi kepada dia dan suami pakej berbulan madu di Dubai. – Agensi syarikat.
Sebelum ini, TikToker itu telah memaklumkan kepada orang ramai bahawa akaun TikTok lamanya telah di’hack’ sebelum perkara sebenar itu telah dibongkar oleh pihak syarikat sendiri.