Oh! Artis

Peguam Syarie Jelaskan Diana Danielle Ada Hak Halang Sesiapa Masuk Rumah Termasuklah Farid

Published on

Sebelum ini, peguam syarie yang mewakili pelakon Diana Danielle mengesahkan Farid Kamil telah dihalang memasuki rumah mereka dan tidak dapat berjumpa anak-anak.

BACA: Peguam Wakili Diana Danielle Cerita Apa Sebenarnya Berlaku Dengan Farid Kamil

Menjawab pula tentang tindakan itu, peguam, Datuk Akberdin Abdul Kadir menjelaskan Diana ada hak untuk menghalang sesiapapun untuk masuk atau keluar dari rumah itu memandangkan anak guamnya membayar kos sewa rumah terbabit.

Rumah itu disewa oleh anak guam kami, jadi dia ada hak untuk membenarkan sesiapa masuk atau tidak ke dalam rumah tersebut.

Hubungan mereka juga memang sudah tidak baik, sebab itu anak guam saya ke mahkamah memfailkan penceraian.

Apapun, kita doakan sahaja yang baik-baik buat mereka agar dapat cari jalan penyelesaian yang terbaik.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version