Drama tersebut mendapat sambutan hangat selepas para pelakonnya berjaya membawa watak mereka dengan berkesan sekali.
Antara watak yang menjadi kegemaran ramai ialah watak seorang lelaki tua yang merupakan ‘mastermind’ bagi permainan tersebut iaitu Oh Il-Nam, yang dilakonkan oleh Oh Young Soo.
Didakwa pegang wanita dengan cara tak senonoh pada 2017
Namun begitu, timbul pula satu berita yang kurang enak didengar melibatkan pelakon berusia 78 tahun ini selepas dia didakwa atas tuduhan menyentuh wanita dengan cara yang tidak senonoh.
Memetik laporan daripada portal Korea, Soompi, pelakon itu didakwa selepas seorang wanita tampil membuat laporan polis bahawa dirinya telah dipegang Oh Young Soo dengan cara yang tidak senonoh pada tahun 2017 yang lalu.
Difahamkan, laporan tersebut dibuat pada Disember 2021 yang lalu.
Oh Young Soo sekerasnya menafikan perbuatan tersebut
Oh Young Soo kini berdepan dengan pertuduhan melakukan gangguan tidak senonoh dan bakal dihadapkan ke perbicaraan.
Namun begitu, beliau yang merupakan pemenang Anugerah Golden Globe sekeras-kerasnya menafikan telah melakukan perbuatan tersebut.
Ketika kejadian, saya cuma pegang tangan wanita itu untuk tunjukkan jalan di sekitar tasik. Saya ada minta maaf memandangkan dia cakap takkan membuat kekecohan tentang hal itu. Tapi itu bukan bermakna saya mengaku tuduhannya.
Susulan daripada kontroversi ini, segala siaran iklan yang menampilkan imej Oh Young Soo telah pun dihentikan sehingga kes ini diselesaikan.