Pakar saham, Dato Nazri Khan sekali lagi menarik perhatian ramai selepas menyatakan niatnya untuk belanja rakyat Malaysia RM100 kepada 50 orang bertuah.
Perkara ini dikongsikan Caprice di Instagram yang memaklumkan Dato Nazri baru sahaja mendapat keuntungan sebanyak RM32,705.41, hasil dari peningkatan saham yang dimilikinya.
Patutnya utamakan nafkah anak isteri
Disebalik niat baik Dato Nazri itu, orang ramai dilihat mula mempertikaikan tindakannya dan melihat Dato Nazri sepatutnya mengutamakan pemberian nafkah kepada isteri pertama memandangkan tempoh iddah masih belum habis.
Pengguna Fecebook yang dikenali sebagai Karya Kayra II menyatakan pandangannya itu dan menyifatkan netizen yang menerima duit pemberian DDNK sebagai makan hak seorang isteri dan anak.
Jumlah nafkah masih sama semasa edah
Dalam pada itu, individu ini turut menaikkan isu pemberian nafkah sebanyak RM5,000 untuk tempoh 2 bulan kepada anak kandung DDNK.
Bekas isteri DDNK ucap terima kasih
Sedar dengan perkongsian individu ini, bekas isteri DDNK iaitu Hasmawatie turut mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberikannya.
Kredit: Facebook
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.