Pelakon terkenal, Emma Maembong mencuri tumpuan para pengikut di media sosial apabila memuat naik foto memakai singlet berwarna putih dengan rambut bertocang biru.
Hantaran yang dibuat itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-rata daripada netizen kurang selesa dengan imejnya sekarang.
Netizen berpendapat pelakon ini terlalu seksi walaupun kini sudah memegang gelaran sebagai isteri dan ibu anak satu. Ada juga yang meluahkan rasa rindu dengan penampilannya bertudung litup dan lebih sopan suatu ketika dahulu.
Iyalah, sebagai seorang peminat mereka mestilah nak yang terbaik buat artis kegemaran mereka kan? Orang kata tegur tanda sayang.