Macam mana agaknya Neelofa mula-mula bercinta dengan Haris Ismail erk? Bagi yang mengikuti perkembangan selebriti terkenal ni, korang boleh tengok program ‘Next To Neelofa 2’ dekat Astro Ria sebab banyak juga perkara yang dikongsikan.
Dalam episod keempat program ni, ibu Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berkongsi saat-saat percintaan anak dan menantunya itu bermula. Noor Kartini menyatakan, anaknya Noor Nabila yang menghidu dahulu perasaan adiknya itu terhadap Haris.
Kakak rasa pelik tengok Neelofa rajin semacam demi Haris
Mula-mula sekali, masa bulan puasa kan, mama tengah masak, Nabila datang ke mama. Dia kata Neelofa suka dengan Haris.
Dia kata masa tengah belajar, Haris nak pen. Neelofa sanggup naik ke tingkat tiga, pergi ambil pen. Nabila kata, pelik adik aku. Selepas itu, dah tahu sendiri yang ada sesuatu antara Neelofa dan Haris.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media