Nama pelakon Miera Leyana kembali hangat diperkatakan apabila suaminya, Rosland Othman sah bercerai talak satu dengan isteri pertama, Adibah Abdul Mutalib.
Sebagai isteri kedua, Miera sudah tentu menerima tempias apabila diserang netizen di Instagram. Menerusi ruang komen, netizen melepaskan rasa marah dan meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa isteri pertama.
Namun pelakon ini dilihat tenang dan tak memberi respon kepada kecaman yang dilemparkan netizen. Sebaliknya pasangan ini dilihat meluangkan masa menikmati hidangan di sebuah restoran.
Terdahulu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mengingatkan netizen supaya tak membuat sebarang spekulasi kerana terdapat dua kisah di sebalik setiap cerita.
Pelakon ini bagaimana pun memilih untuk mendiamkan diri dan membiarkan suaminya menyelesaikan sendiri konflik yang timbul.