Awal pagi tadi, Neelofa dan suaminya melakukan prosiding dakwaan atas kesalahan merentas negeri di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan. Ketibaan mereka disana dikerumini pihak-pihak media.
Terdapat pihak media yang menangkap gambar mereka dan apa yang menarik perhatian netizen berdasarkan gambar yang ditangkap, hidung dan mulut Neelofa jelas kelihatan bentuknya walaupun Neelofa memakai purdah.
Netizen sekaligus mempertikaikan kenapa Neelofa tidak memakai pelitup muka disebalik niqah tersebut.
Laju betul mata korang ye? Untuk pengetahuan, setelah perbicaraan Neelofa dan suaminya selesai di sana tadi, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan rentas negeri yang dibacakan. Tarik sebut semula kes ini akan berlangsung pada 4 Jun nanti.