Pengacara dan usahawan selebriti, Noor Neelofa berkongsi caranya memujuk suami, PU Riz jika sedang marah ataupun merajuk. Cara mudah itu dikatakan amat berkesan dan PU Riz mesti akan cair.
Perkongsian itu telah dimuat naik seorang pengguna TikTok di mana Neelofa berkata dia akan menggosok badan, memeluk mesra, dan bergelak ketawa bersama suaminya.
Neelofa akan segera minta maaf dan bermanja dengan suami…
Kalau ustaz merajuk nak pujuk dia senang je, kita kena gosok-gosok sikit, peluk-peluk sikit, cakap minta maaf sayang. Gelak-gelak sikit, lepastu manja-manja sikit.
Senang yang penting dia cepat sangat lembut, macam ais cair terus.
PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail bagaimanapun menafikan dakwaan isterinya yang mengatakan dia merajuk. Sebaliknya, pendakwah bebas berusia 28 tahun itu berkata dia hanya mendidik isterinya.
Saya mana pernah merajuk, kita orang lelaki mana merajuk dekat rumah, kita cuma mendidik.