Oh! Artis

Nampak ‘Baby Bump’, Netizen Teka Neelofa Hamil?

Published on

Sekali lagi mencuri perhatian, selebriti terkenal Neelofa didakwa hamil pula oleh netizen apabila dia ada memuat naik foto terbaru dirinya yang kelihatan sedikit berisi seperti sudah berbadan dua.

Foto tersebut dimuat naik di ruangan Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya Haris Ismail, @Markaztijaari yang memaparkan susuk tubuh mereka berdua mesra berpegangan tangan.

Tampil cantik manis berniqab, Neelofa yang menyarung jubah berwarna coklat itu dikatakan seperti mempunyai ‘baby bump’ setelah lebih tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat mula meninggalkan komen seolah-olah Neelofa kini hamil anak pertama.

“Wah, nampak macam pregnant (mengandung)” tulis seorang peminat.

“Baby bump. Alhamdulillah jika betul..” sahut seorang peminat yang lain.

Terdahulu, desas-desus mengatakan bekas pengacara program meleTOP itu mula muncul apabila dia ada meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut dalam sekeping foto yang dimuat naik pada hari raya Aidilfitri yang lalu.

Meskipun hangat diperkatakan, pasangan ini sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai berita tersebut.

Sekadar info, Neelofa dan PU Riz telah selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu dalam sebuah majlis indah yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Exit mobile version