Pelakon, Nadia Brian sememangnya seorang pelakon yang gemar menggayakan pelbagai fesyen yang dilihat seksi dan menarik perhatian orang melihatnya.
Menerusi satu video yang dimuatnaiknya sendiri di Tiktok, Nadia dilihat menggayakan busana putih yang mendedahkan bahagian dada, pinggang serta belakang badannya.
Bukan tu jer, pakaiannya itu turut mendapat perhatian netizen sebab ianya penampakkan seperti cangkuk pakaian dalam pada bahagian lehernya itu. Tapi, taktahulah ianya design atau memang betul-betul.
Menurut laporan Kosmo, Nadia menggayakan busana itu ketika menghadiri majlis perkahwinan pengarah filem, Imran Sheik di Hotel The St. Regis Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam semalam.
Apa pandangan korang tentang pakaian Nadia Brian ni pula?