Oh! Artis

Muat Naik Foto OOTD, Ain Edruce Dikecam Tak Jaga Pantang

Published on

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce beberapa hari lalu telah selamat menimang cahaya mata sulung selepas berbelas jam bertarung nyawa. Bayi perempuan seberat 2.79 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Petaling Jaya.

Terbaru, Ain Edruce menerima teguran gara-gara memuat naik foto outfit of the day (OOTD) di samping anak. Menerusi foto tersebut, Ain dilihat seperti berada di sebuah hospital.

Dah ade baby dah kite.

Thank you semua yang wish ain.. tak sempat nak balas semua. Love you guys!

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diterima orang ramai mengenai amalan pantang wanita zaman sekarang. Mereka mempersoalkan tindakan Ain yang seolah-olah tidak menjaga pantang dengan betul.

Ada juga segelintir pengikut menasihati pelakon ini supaya menjaga keadaan tubuh badan dengan baik tambahan pula dia baru sahaja melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, ianya terpulang kepada penerimaan masing-masing.

Kredit: Ain Edruce

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version