Oh! Artis

Mia Sara Dikatakan Lari Dari Disoal Media Tentang Isu Berpakaian Ketat Nampak Bentuk Badan

Published on

Ohmedia dan rata-rata peminat Mia Sara sebelum ini terkejut melihat pemakaian ketat pelakon remaja perempuan itu.

BACA: Remaja Perempuan Menari Dengan Pakaian Ketat Nampak Bentuk Badan Didakwa Mirip Mia Sara

Ramai meluahkan rasa bimbang dan mengharapkan agar Mia Sara terus istiqomah menjaga tingkah lakunya sebagai orang Islam.

Sehingga hari ini, Mia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak buat sebarang penjelasan tentang apa yang berlaku.

Tidak cukup dengan itu, Mia juga dikatakan cuba mengelak dari ditemu bual media ketika berada di program sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, pegawai perhubungan awam turut telah berjumpa dengan Mia dan cuba memujuknya untuk bertemu media namun gagal.

Ohmedia sebelum ini turut berkongsi video yang viral di TikTok menunjukkan aksi tarian lincah Mia dengan baju ketat warna kelabu dan memakai selendang hitam singkat sedang menari bersama rakannya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version