Baru-baru ini pula tular kembali satu rakaman temu bual bersama Syamsul mengenai pendapatnya, adakah seronok bergelar seorang jutawan.
Tak seindah yang disangka
Menurut pengarah filem itu, kekayaan dan kemewahan yang dimiliki adalah tidak seindah yang disangka.
Lama-lama rasa bosan, sebab itulah selalu terjadi, kalau dah dapat apa yang nak, dia nak lain pula, nak helikopter, nak kapal pula, memang Nabi cakap betul lah, manusia memang tidak akan puas.
Dirinya juga menjelaskan di akhir waktu, ketenangan jiwa dan hati merupakan faktor penting yang perlu dicari.
Saya rasalah, pengakhirannya, perkara paling penting ketenangan jiwa engkau. Ketenangan jiwa juga yang menentukan jika tiada duit, tidak mengapalah yang penting tenang jiwa, tenang hati kan?