Di sebalik kehidupan glamor seorang anak seni, siapa sangka pelakon jelita Maya Karin sebenarnya menghidap sejenis gangguan keresahan atau lebih mudah disebut anxiety sejak beberapa tahun lalu.
Terbaru, Maya Karin kena serangan panik ketika menyampaikan anugerah bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang disiarkan secara langsung di TV2 Jumaat lalu.
Dapat dilihat tangan pelakon itu menggigil dan dia terpaksa melakukan teknik grounding iaitu membuka kasut untuk meredakan situasi.