Oh! Artis

“Mandi Pun Nak Tunjuk?” – Netizen Tegur Nora Danish Upload Foto Main Buih

Published on

Sudah menjadi lumrah seorang selebriti, apa sahaja yang dilakukan menjadi perhatian netizen. Itulah yang berlaku kepada pelakon jelita, Nora Danish. Sebelum ini Nora pernah ditegur gara-gara memakai pakaian terlalu sendat ketika mendaki bukit.

BACA: “Maaf Cakap, Macam Bog*l” – Netizen Kecam Nora Danish, Pakaian Hiking Terlalu ‘Sendat’?

Terbaru, Nora Danish sekali lagi mengundang rasa kurang senang orang ramai apabila memuat naik foto sedang mandi buih bersama suami.

Dalam hantaran terbaru di Instagram, pelakon ini menyertakan kapsyen ‘Main buih jap. Swipe left kalau nak tengok santa claus i. Cute kan?’.

Di ruangan komen, rata-rata daripada pengikut mempersoalkan foto tersebut. Menurut mereka, gambar tersebut tidak sesuai untuk ditunjukkan kepada umum.

Tidak kurang juga yang menasihati pelakon filem Polis Evo ini agar lebih menjaga privasi dan berhati-hati dalam memuat naik foto di media sosial.

Kredit: Instagram Nora Danish

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Exit mobile version