Video dirinya dengan pakaian dalam itu dikongsikan di Instagram miliknya dengan kapsyen “Kunci sebenar untuk tampil lebih berkeyakinan” buatkan ramai peminatnya sedih seperti yang kami laporkan sebelum ini.
Terbaru! Nama pelakon itu sekali lagi menjadi bualan netizen apabila terdapat satu foto yang menunjukkannya berpakaian seksi.
Untuk info, foto yang tular itu diambil dari satu video dari seorang pengguna di Tiktok yang merakam Eyka sedang makan bersama beberapa individu lain.
Dalam video tersebut dapat lihat Eyka memakai baju berwarna biru yang menampakkan bentuk bahagian dadanya.
Menerusi ruangan komen, netizen mendakwa yang pelakon itu semakin berani kerana berpakaian sebegitu. Apa pandangan korang?