Menerusi akaun Instagram miliknya, pelakon itu mendapat berduyun-duyun kecaman daripada netizen selepas memuatnaik satu gambar dengan caption ‘Pertama dan semestinya bukan yang terakhir. Dimana pula lepasni?’ semalam. Apa kes pula ni?
Rupanya ramai yang kurang senang dengan pemakaian Nora dalam posting berkenaan yang dikatakan terlalu ‘sendat’ untuk ditonjolkan.
Bukan tu jer, pakaian sebegitu juga dianggap tidak sesuai ketika pergi mendaki kerana boleh menyebabkan pernafasan masa hiking menjadi semput.
Di ruangan komen, tak putus-putus orang memesan supaya pelakon itu menjaga cara pemakaiannya.
Apa pandangan korang? Apa yang dikatakan netizen itu ada juga betulnya.