Menjaga ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan merupakan perkara yang mencabar bagi seorang anak.
BACA: “Nak Simpan Marah, Benci Dan Berdendam Pun Takkan Ke Mana” – Chef Wan Dan Shikin Maembong Sudah Berdamai
Begitu juga dengan chef selebriti terkenal, Chef Wan yang berkongsi mengenai kesihatan ibunya yang makin merosot baru-baru ini.
Keadaan makin teruk
Menurut Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail, dirinya berasa sedih dengan keadaan ibunya, Cik Ani yang bertambah teruk dan memerlukan penjagaan yang rapi.
Mak kini tak tahu untuk buat apa-apa. Walaupun nak ikat kain sendiri pun dia taktau. – Chef Wan
Ibu kepada Chef Wan, Cik Ani berusia mencecah 91 tahun dan merupakan seorang penghidap dimentia dan kanser payudara.
Bagi alasan
Tambahan, Chef Wan juga berkongsi bahawa dirinya berasa kesal dengan sikap adik-beradik yang lain memberi pelbagai alasan untuk menjaga ibu mereka dalam keadaan begitu.
Bila time emak punya birthday party berduyun-duyun yang sampai. Bila time macam ni baik emak bapa atau anak-anak mereka takkan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu? Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata. – Chef Wan
Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar urusan Chef Wan untuk menjaga emaknya dipermudahkan.
Kredit: Mingguan Wanita
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media