Baru-baru ni, kecoh di media sosial apabila Amber Heard dilihat shopping bersama adiknya, Whitney Henriquez di salah sebuah kedai baju yang sering menawarkan ‘diskaun’. Aikk, dah tak ada duit ke? Haha.
Umum mengetahui, Amber Heard telah kalah kes saman fitnah terhadap Johnny Depp dan dikenakan bayaran sebanyak USD$ 8.3 juta. Pelbagai ujian menimpa Amber selepas berpisah dengan bekas suaminya itu.
Kedai baju yang dimaksudkan adalah di TJ Maxx New York, di mana kedai tersebut menjual barangan dengan harga yang berpatutan dan selalu menawarkan ‘diskaun’.
Korang boleh tengok sendiri Amber dan adiknya itu memborong pakaian di kedai tersebut.
Apa-apa pun, nak shopping dekat mana pun tak kisah, cuma berharap Amber Heard dapat teruskan kehidupannya macam biasa, tanpa perlu mengganggu sesiapa pun.