Pelakon jelita, Lisa Surihani merupakan salah seorang selebriti yang kini mengenakan hijab dan menutup aurat dengan sempurna. Ramai yang kagum melihat kisah hijrah Lisa yang benar-benar mencari hidayah dalam hidupnya.
BACA: Lisa Surihani Syukur Allah Masih Beri Penglihatan Buat Kali Kedua
Terbaru, isteri kepada Yusry ini menarik perhatian ramai apabila dilihat hadir ke sebuah majlis ilmu tanpa mengenakan secalit solekan.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok Ainun Umirah, pelakon ini dilihat mengenakan tudung labuh dan jubah hitam.
Perkara itu telah membuatkan ramai berasa ‘sejuk hati’ melihatnya dan berharap agar satu hari nanti, mereka juga berhijrah seperti Lisa.
Dalam pada itu, netizen turut memuji cara dia berhijrah kerana dia mengambil langkah satu per satu untuk memyempurnakan penghijrahannya dan kekal istiqamah hingga ke hari ini.
Kredit: TikTok Ainunumirah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.