Semalam kita dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran, Allahyarham Hisham Ahmad Tajuddin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Jenazah Allahyarham Hisham telah selamat dikebumikan pagi tadi di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam dengan pengebumian pelakon filem Syurga Cinta itu turut dihadiri beberapa orang rakan artis.
Lan Zailan terkilan tiada sebarang tawaran diberikan kepada Allahyarham
Dalam pada itu, rakan artis, Lan Zailan yang turut hadir ke majlis pengebumian Allahyarham Hisham meluahkan rasa terkilannya terhadap pemergian pelakon veteran itu.
Menurut Lan, dia berpendapat tiada gunanya untuk menghargai seseorang itu apabila mereka sudah pergi buat selamanya sedangkan tiada satu pun tawaran diberikan kepada Allahyarham Hisham sepanjang dirinya masih sihat dan kuat untuk berlakon.
Masa dia ada dulu, taknak pula bagi dia projek untuk dia shooting dan sebagainya. Bila ada shooting, bila ada projek, itulah duit untuk kita nak beli ubat, nak beli apa-apa kan?
Sekali lagi lah abang ulang, abang takut orang kecil hati saja. Bila orang dah takde baru nak cakap kehilangan sebutir bintang. Tak guna dah.
Kenyataan dikeluarkan Lan Zailan itu seakan-akan kesal dengan sikap segelintir pihak yang tidak memberikan sebarang tawaran terhadap Allahyarham Hisham untuk berlakon sepanjang hayatnya sebelum ini.
Apa-apa pun kita doakan agar roh Allahyarham Hisham Ahmad Tajuddin ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.