Aksi ‘berani’ Elizabeth Tan atau lebih mesra disapa Lizzy itu ternyata telah mengundang komen-komen nakal netizen terutamanya daripada kaum lelaki di media sosialnya itu.
Dalam video tersebut, Lizzy dilihat memegang set bikini ‘pink’ dan beraksi sedikit nakal diikuti trend muzik ‘like a river’.
Bukan sahaja ruangan komen dipenuhi mesej-mesej gatal daripada lelaki miang, tetapi ada juga yang tampil menegur kaum Adam yang seperti tiada rasa malu meninggalkan komen berbaur lucah.
Dan seperti biasa, Lizzy lebih memilih untuk mendiamkan diri dan tidak memberi respon terhadap komen serta respon netizen yang kadang-kadang melampaui batas terutama mereka yang beragama Islam.