Menerusi video teaser dimuat naik oleh Janna di TikTok, Shukri Yahya dilihat menjadi pelakon muzik video tersebut. Namun, di ruangan komen lain pula pendapat netizen.
Beberapa netizen yang menonton teaser itu berkata Janna seharusnya memilih Shuk Sahar sebagai pelakon di dalam muzik video tersebut.
Patutnya Shuk bukan Shukri Yahya.
Selain komen tentang pelakon muzik video, segelintir netizen berkata mereka berasa ‘seram’ dengan vibe lagu tersebut.
Meninjau ke Instagram, ada netizen yang menyunting klip video disertai lagu rancangan kanak-kanak iaitu ‘Kacang’. Janna Nick secara sporting memberi reaksi “tak baik eh cakap sama”.
Ada juga netizen kata menyampah mula-mula dengar lagu ni, tapi lama kelamaan melekat pula di fikiran. Korang tengoklah sendiri reaksi netizen, lucu pun ada. Apa pendapat korang dengan lagu Janna Nick kali ini?