Oh! Artis

“Kenapa On Off Tudung?” – Muncul Di Karpet Merah Dengan Imej Baru, Isteri Yonnyboii Curi Perhatian Netizen

Published on

Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira dikatakan tidak lagi memakai hijab sepenuhnya. Menurut finalis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) ini, isterinya memang bertudung secara ‘casually’ pun sebelum ini.

Kata penyanyi ini lagi, di media sosial isteri mengenakan bertudung tetapi apabila keluar ada masanya isteri memakai hijab dan ada kalanya tidak.

BACA: “Saya Dan Dia Masih Muda Lagi” – Komen Yonnyboii Isu Isteri Dah Tak Bertudung

Terbaru, pasangan ini dilihat buat pertama kali tampil ke karpet merah dengan imej terbaru. Yonnyboii atau nama sebenar, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin bolos ke pentas akhir AJL 36 menerusi lagu ciptaannya sendiri berjudul ‘Salahku’ yang memperoleh 16 juta tontonan di YouTube sejak mula dimuat naik.

Penampilan itu ternyata telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Menerusi sebuah hantaran yang dibuat TV3 Malaysia di TikTok, netizen membanjiri ruangan komen mendakwa Nik Nazira yang merupakan seorang influencer itu lebih cantik berhijab.

@tv3malaysia 🥺🥺🥺 #AJL36 ♬ original sound – TV3Malaysia

Tak kurang juga yang memohon netizen supaya berhenti mengkritik sebaliknya mendoakan yang baik-baik buat orang lain. Katanya cukuplah sekadar menegur tanpa perlu mengungkit perkara yang lepas.

Kredit: Instagram Nik Nazira | TikTok TV3 Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version