Oh! Artis

“Kenapa Mesti Tanduk?” – Persalinan Mewah Uyaina Arshad Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Published on

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad pada 20 Disember lalu telah selamat bergelar isteri kepada pilihan hati, Raja Syahiran.

Di majlis itu, pasangan pengantin kelihatan manis dalam persalinan Baju Melayu dan Baju Kurung rekaan Rizman Ruzaini.

BACA: Kurang ‘Popular’ Di Awal Karier, Uyaina Dedah Pernah Disuruh Masuk Kelab Malam

Terbaru, menerusi video yang dimuat naik pereka fesyen terkenal, Shanell Harun, Uyaina dilihat mengenakan persalinan mewah inspirasi dari Cleopatra.

Rata-rata daripada netizen memuji pengacara berkenaan yang kelihatan sangat cantik dalam persalinan itu.

@shnllhrn @uyaina in #shanellharun #arabiannight #wedding #arabianwedding #fyp #uyainaarshad ♬ Nour El Chames – Pascale Machaalani

Tetapi mereka berpendapat adalah lebih manis jika tiada aksesori ‘tanduk’ di kepalanya. Ada juga yang berkata Uyaina Arshad kelihatan seperti ‘Maleficent’ versi Arab.

Setakat ini, perkongsian itu telah mendapat lebih 600,000 tontonan dan 1,000 komen di TikTok.

Kredit: TikTok Shanell Harun

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version