Kisah rumahtangga pengarah terkenal, Syamsul Yusof sehingga ke hari ini nampaknya masih menjadi perhatian netizen.
Sampai ada yang perasan ‘sesuatu’ di salah satu hantaran Syamsul di Instagram. Apa tu?
Salah seorang pengguna TikTok, menggunakan akaun miangmore memuat naik perbezaan sebelum dan selepas di mana komen isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar didapati tiba-tiba menghilang.
Komen Ira Kaza hilang
Pengguna TikTok itu menganggap tindakan Ira Kaza ‘muncul’ ketika isunya masih panas seperti minta dikecam.
Bagaimanapun, tak dapat dipastikan sama ada komen itu dipadam oleh Syamsul atau Ira sendiri.