Oh! Artis

John Dihani Kalah Kes Fitnah Shuib Dan Arwah Siti Sarah, Duit Saman Disalurkan Ke Tabung Palestin

Published on

Kerana mulut badan binasa! Seorang individu dikenali sebagai John Dihani hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di atas kesalahan menfitnah selebriti Shuib dan allahyarham Siti Sarah.

BACA: Shuib Ubi Sedia Saman Pemfitnah Kerana Tarik Balik Permohonan Maaf Tentang Freemason

Pelawak Shuib dalam satu hantaran di Instagram berkata, kes tersebut akhirnya selesai hari ini dan penfitnah perlu membayar saman yang tak dinyatakan jumlahnya.

Duit saman tersebut akan disalurkan sepenuhnya ke Tabung Palestin di bawah Yayasan Nurjiwa.

Pada Ogos tahun lalu, Johan Dihani memuat naik kenyataan fitnah mendakwa Shahmira Muhammad memujuk allahyarham Siti Sarah untuk ditidurkan selepas dijangkiti Covid-19.

Difahamkan, Shuib telah menuntut Johan meminta maaf secara terbuka namun kenyataan maaf yang dibuat telah dipadam.

Shuib terpaksa mengambil tindakan undang-undang selepas Johan menghantar surat peguam menafikan kenyataan adalah fitnah.

Kredit: Instagram Shuib

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version