Oh! Artis

“Jangan Nak Gila Glamour” – Miera Leyana Akhirnya Bersuara Tentang Isu Menimpa Suaminya

Published on

Ketika ini, suami kepada pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman sedang menyelesaikan konflik dengan isteri pertama yang tidak mahu diceraikan kerana masih mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

BACA: “Peah Singa Datang Rotan Baru Tau” – Isu Nafkah Isteri Pertama, Miera Leyana ‘Sound’ Netizen

Rosland yang menikah kali kedua dengan Miera pada Julai 2020 dan telahpun dikurniakan seorang anak.

Disebabkan ramai yang memfitnah dirinya, Miera akhirnya tampil buat kenyataan dengan meminta individu yang menyebarkan fitnah untuk tidak terlalu ghairah mengejar populariti terhadap isu yang menimpa dirinya.

Sentiasa akan ada dua penjelasan di sebalik setiap cerita. Jangan hendak gila glamour (populariti). Suatu hari nanti anda juga pasti akan mengetahui kebenaran dan berhati-hatilah dengan fitnah akhir zaman.

Exit mobile version