Oh! Artis

“Itu Antara Saya Dan Individu Tersebut” – Ubai Nafi Dakwaan Shila Amzah Jadi ‘Perampas’

Published on

Hangat di media sosial mengenai penyanyi, Shila Amzah yang dikatakan mempunyai hubungan yang istimewa dengan influencer, Ubai.

BACA: Hari Tu Kantoi Panggil ‘Yang’, Sekarang Shila Amzah Pula Mengaku Ubai Teman Istimewa

Walau bagaimanapun, ada sesetengah pihak di luar sana yang menuduh Shila sebagai seorang ‘perampas’ kerana dikatakan telah mengganggu hubungan Ubai dengan seorang individu yang lain. Eh ye ke?

Bukan perampas

Menerusi satu sesi live di TikTok, Ubai menjelaskan bahawa keakrabannya bersama seorang individu yang lain tersebut hanyalah demi urusan kerja dan menyangkal dakwaan terhadap Shila Amzah itu.

Itu adalah urusan kerja, dan dah selesai. Cuma tinggal nak release beberapa urusan kerja. Itu antara saya dan individu tersebut. – Ubai

Dalam pada masa yang sama, Shila juga menjelaskan dirinya tidak akan sesekali mengganggu Ubai sekiranya lelaki tersebut mempunyai hubungan istimewa dengan orang lain.

Kalau diorang together, Sha pun tak ada nak kawan dengan Ubai. Saya tak akan mulakan sesuatu hubungan di atas kesengsaraan orang lain.

Hm, apa pula komen pembaca Oh! Media?

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version