Oh! Artis

Isteri Pertama Aslam, Misya Mazlan Tarik Perhatian Wawa Zainal Untuk Kongsi Rezeki Bersama

Published on

Nama Misya Mazlan hangat diperkatakan di media sosial selepas suaminya, Aslam didakwa telah berkahwin lagi dengan anak Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania di Thailand.

Terbaru! Misya dipilih sebagai wajah untuk koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves selama tiga bulan milik pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal. Alhamdulillah, rezeki..

Menerusi Instagram, Wawa Zainal ada memuji Misya dengan berkata wanita itu cantik dan mempunyai sifat seorang yang lemah lembut.

Alahai so sweet dia (Misya) ini . Cantik dan lemah lembut.

Kalau korang tengok video yang dimuat naik Wawa itu, mereka sedang menggayakan koleksi tudung terbaru itu sambil berpimpin tangan.

Kalau korang tengok ruangan komen pula, ramai yang memuji Wawa kerana berkongsi rezeki dengan Misya ketika dia sedang diuji dalam rumah tangga. 

Kredit: Instagram Wawa Zainal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Exit mobile version