Isteri Haqiem Rusli dikenali sebagai Anis Sofea dilantik sebagai duta untuk produk kecantikan jenama tempatan.
Namun, pempengaruh yang mempunyai lebih 300 ribu pengikut di media sosial itu dikritik selekeh kerana tidak menggayakan rambut ketika hadir ke majlis perasmian produk itu.
BACA: Rambut Tak ‘Siap’, Isteri Haqiem Rusli Dikritik Selekeh Dan Cincai
Terbaru, Anis Sofea jadi perhatian lagi gara-gara wajahnya disamakan dengan anggota kumpulan K-pop popular iaitu Jisoo Blackpink.
Di ruangan komen, ramai yang tak dapat menerima ‘gurauan’ tersebut. Netizen sebaliknya berkata Anis mirip usahawan kontroversi, Kak KM. Celah mana pula?
Kredit: TikTok @laurelbofficial
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.