Oh! Artis

Isteri Haqiem Rusli Dikecam Pakai Baju Melekat Nampak Bentuk Badan Atas

Published on

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi terkenal Haqiem Rusli yang baru mendirikan rumah tangga pada bulan November tahun lepas.

Namun begitu, baru-baru ini isteri kepada penyanyi terkenal ini menjadi bualan kerana gambar yang dimuat naik di media sosial menjadi perhatian warganet.

Ramai yang berpendapat bahawa pakaian yang dipakai oleh isteri Haqiem agak ketat dan menunjukkan bentuk badannya.

Dalam gambar yang dimuat naik itu, isteri Haqiem atau lebih dikenali sebagai Anis Sofea mengenakan baju berwarna hitam digandingkan dengan jaket berwarna coklat.

Walau bagaimanapun, jaket yang dipakai tidak dibutang sepenuhnya sehingga menyerlahkan bahagian yang tidak sepatutnya.

Tinjauan ke ruangan komen menunjukkan ramai netizen memberikan reaksi yang negatif terhadap entrinya di Instagram.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version