Oh! Artis

Ira Kazar Akhirnya Dipanggil Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Published on

Sehingga ke hari ini, isu melibatkan Puteri Sarah, Syamsul Yusof dan orang ketiga, Ira Kazar masih belum selesai. Terkini, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dilaporkan telah memanggil Ira Kazar untuk siasatan.

BACA: Puteri Sarah Buat 2 Tuntutan Terhadap Ira Kaza Di Jawi

Panggilan itu dilakukan selepas ada dakwaan mengatakan Ira Kazar telah mengganggu rumah tangga Puteri dan Syamsul.

Ini juga bagi melengkapkan proses siasatan selepas Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan 2 aduan di pejabat agama sebelum ini.

Memetik laporan Harian Metro, Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar telah hadir ke pejabat agama bersama keluarga.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Exit mobile version