Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff asal Kulim, Kedah ini kini berada di Dubai dan perkongsian gambarnya yang berada di Dubai Motor City tarik perhatian ramai. Dia menggayakan tshirt warna hitam, berseluar jeans, topi beanie dan memakai tudung dengan fasyen ala-ala rambut tocang.
Haram pakai macam tu, boleh mendatangkan fitnah…
Rata-rata netizen di ruangan komen mengecam pemakaian Masya yang dilihat semakin ketat dan singkat. Ada juga yang mengatakan hukum memakai apa sahaja untuk menyerupai rambut seorang wanita itu adalah haram kerana boleh menimbulkan fitnah.
Dah boleh bayangkan gaya Masya tanpa tudung…
Sebelum ni pernah kena kecam sebab pakai rambut palsu
Doakan sahaja yang terbaik buat Masya. Apapun Ohmedia lagi tengok gaya Masya tiap kali masuk dapur…