Oh! Artis

Haqiem Rusli Minta Netizen Henti Kutuk Isterinya Depan-Depan Sebab Takut Hilang Kawalan

Published on

Penyanyi muda, Haqiem Rusli terus dipersoal dan menerima kecaman hebat dari netizen selepas isterinya, Anis Sofea masih memilih untuk mengekalkan penampilan tidak bertudung.

Memetik laporan Oh Bulan yang berjumpa Haqiem, dia tidak mahu memikirkan tentang perkara itu lagi kerana semua orang berhak memberikan pandangan. Bagaimanapun, Haqiem meminta agar netizen tidak menegur isterinya ketika terjumpa di luar kerana bimbang akan bertindak luar kawalan.

Saya jenis kalau orang nak kacau saya, kacaulah tapi jangan kacau isteri saya, mak saya, itu saya tak boleh.

Apapun, Haqiem masih memberikan kebenaran untuk netizen memberikan nasihat yang baik kepada isterinya melalui mesej peribadi di Instagram.

Bagi Ohmedia itulah apa yang terbaik. Tak baik sebenarnya kita berikan komen buruk secara berdepan ataupun dalam komen media sosial isteri Haqiem. Boleh beri nasihat tapi perlu lihat juga nasihat itu untuk kebaikannya atau sekadar nak burukkan namanya.

Kredit: Oh Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version