Reaksi Hafidz itu dilihat ketika dia melakukan live di TikTok dan berpuluh-puluh ribu penonton menyaksikannya.
Sempat pandang isteri sambil tergelak…
Sememangnya perkara itu membuatkan Hafidz teruja tetapi tidak terkejut jika kesemua yang menonton itu hanya mahukan penjelasan darinya.
Sama sekali tidak nampak takut setelah ‘kantoi’ berlaku curang, pelakon itu sempat gelak ketawa sambil memandang ke arah belakang kamera dimana kedengaran suara isterinya bersama anak-anak.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen syak segala isu curang yang berlaku ini adalah sekadar marketing sahaja.
Bagaimanapun, persoalan sama ada isu curang ini prankataupun tidak masih belum dapat diketahui kerana Hafidz tidak memberi sebarang penjelasan mengenainya.
Harapnya isu ini diperjelaskan cepat kerana kita tidak mahu orang ramai salah faham dan terus mengeluarkan sebarang fitnah yang tidak menguntungkan sesiapapun.