Oh! Artis

Fyna Jebat Mengaku Isteri Sah Kepada Jurulatih Bola Sepak, Zainal Abidin Hassan

Published on

Adik kepada penyanyi Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat akhirnya mengesahkan tentang berita dirinya berkahwin dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Fyna atau nama sebenarnya, Nurshafyna Jebat mengakui tiada apa yang perlu disorokkan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan doa yang baik.

Alhamdulillah, saya sudah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada anda yang memberikan komen yang baik-baik. Harap dapat doakan saya dan keluarga.

Dalam pada itu, Ayda turut berasa bangga kerana adiknya tampil menceritakan perkara sebenar kepada semua oranng.

Rasanya tidak ada apa lagi yang perlu diceritakan. Saya berbangga apabila adik bercerita perkara ini kepada semua orang. – kata Ayda.

Untuk pengetahuan korang, Zainal Abidin sebelum ini sudahpun berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga orang anak.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Exit mobile version