Oh! Artis

Sekitar Majlis Tahnik & Maulud Putera Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa

Published on

Genap seminggu melahirkan, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza semalam telah mengadakan majlis tahnik dan maulud anakanda keduanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Siti Nurhaliza turut mengumumkan anak keduanya itu diberi nama Muhammad Afwa yang bermaksud keampunan atau kemaafan.

Jelas Siti lagi, Muhammad Afwa dilahirkan dalam bulan keampunan Ramadan dan afwa turut disebut dalam doa malam Lailatul Qadar.

https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2021/04/98684921_479318593121824_8429346475801570858_n.mp4
https://ohmedia.my/wp-content/uploads/2021/04/73671891_262894892208770_1523730560192455311_n.mp4

Untuk kelahiran kali ini, Siti turut mengeluarkan single baharu berjudul ‘Anakanda’ ditujukan khas buat puteranya.

Lagu ini dicipta oleh Siti Nurhaliza sendiri manakala lirik oleh Rozisangdewi. Lagu ini berunsur rentak inang dan akan dimuatnaik di dalam album kanak-kanak klasik legasi.

Kredit: ctdk

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Exit mobile version