Netizen Malaysia ni sememangnya amat prihatin dengan cara pemakaian artis atau sesiapa sahaja yang dilihat tidak sopan, apatah lagi membuka aurat.
Terbaru, pelakon wanita, Datin Fauziah Gous pula diserang selepas berkongsi satu video sedang menari di TikTok miliknya.
Apa yang membuatkan netizen persoalkan adalah cara pemakaian tudungnya yang terangkat hingga menampakkan sebahagian inner baju dalamnya yang terlihat seakan-akan warna kulit dadanya.
Biarpun ada membuat spekulasi itu adalah sebahagian kulit pelakon terbabit, tetapi ada juga netizen mempertahankan Fauziah dengan menjelaskan itu adalah inner bajunya.
Walaupun ada yang mempertahankannya, netizen tetap dengan pendirian merasakan isu itu timbul kerana kesalahan pelakon itu memakai tudung sedemikian.
Menurut netizen, seandainya dia memakai tudung mengikut panduan Islam yang sebetulnya, fitnah sedemikian tidak akan berlaku.
Bukan itu saja, netizen turut menegur bahawa tidak sesuai untuk seorang wanita yang sudah bergelar ibu dan berhijab melakukan trend-trend seperti itu.
Jadikanlah teguran ini untuk diri kita dan insan tersayang juga agar sama-sama dapat memperbaiki diri.
Kredit: Astro Gempak| TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.