Semalam, isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey telah memaklumkan bahawa suaminya itu telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
BACA: Selepas Mark Adam, Fad Bocey Pula Terpilih Jadi Penyampai Radio Hot FM
Berita itu telah dikongsikan oleh Isterinya, Syaheera Rahman melalui akaun Instagram miliknya.
Fad alami kecederaan ringan
Syaheera juga memberitahu bahawa Fad kini berada dalam pemantauan pihak hospital kerana mengalami hentakan di kepala disebabkan kemalangan itu.
Update for now, Fad perlu monitor under HDU (High Dependency Unit) sebab ada hentakan dekat kepala to make sure semua bagus. – Syaheera
Dimaklumkan sahabat kepada Fad, Achey juga berada di tempat kejadian bagi membantu rakannya yang kurang bernasib baik itu.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.