Pasangan selebriti popular, Noh Salleh dan Mizz Nina sememangnya antara pasangan yang mempunyai pengikut tersendiri di media sosial.
BACA: “11 Tahun Yang Indah” – Noh Salleh Mengaku Dah Berpisah Dengan Mizz Nina
Ramai kagum dengan kisah penghijrahan dan dakwah Mizz Nina yang memberi inspirasi kepada para peminat. Namun siapa sangka jodoh mereka tidak panjang apabila disahkan berpisah semalam.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat membanjiri posting selebriti ini dengan kata-kata positif dan semangat semoga tabah menghadapi ujian.
Peminat turut memuji Mizz Nina yang tak pernah menjaja kisah buruk rumahtangga dan kekal tenang sehingga ke hari ini.
Di posting terdahulu, aktivis kemanusiaan ini memuat naik kata-kata pendakwah terkemuka, Mufti Ismail Menk mengenai hikmah mendoakan orang lain.
Kredit: Instagram Mizz Nina
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.