Kes melibatkan pelakon Hollywood, Johhny Depp dan Amber Heard nampaknya menjadi hangat kembali. Ini selepas dokumen mahkamah yang tidak dimeterai tentang kes saman mereka tersebar dan tersedia untuk bacaan umum.
Disebabkan itu, beberapa selebriti dikatakan telah menarik sokongan ke atas Johnny Depp.
Memetik laporan Mirror UK, ramai rakan selebriti telah menarik semula tanda ‘like’ mereka di posting Johnny tentang kemenangan kes 2 bulan lalu.
Iron Man pun tarik balik ‘like’
Nama-nama besar yang sebelum ini memberikan tanda ‘like’ adalah seperti Sophie Turner, Bella Hadid, Yungblud, Elle Fanning, Orlando Bloom, Robert Downey Jr (Iron Man) dan ramai lagi.
Gambar bogel Amber hampir jadi bahan bukti
Antara kandungan dalam dokumen pra-perbicaran mahkamah itu mendakwa Johnny ingin menyerahkan gambar bogel Amber sebagai bahan bukti. Amber juga dilihat ingin membuat perkara sama tetapi dicegah daripada buat sebarang dakwaan ke atas Johnny.
Siapa sangka sampai ada orang yang sanggup jadi pemerhati untuk lihat siapa lagi selebriti tarik balik ‘like’ dekat posting Johnny.