Terbaru, Shuk menerusi beberapa hantaran di Instagram memaklumkan dia dan Rossa Sera akan menunaikan umrah bersama-sama. Kelihatan pasangan itu bergambar setibanya di sana.
Di TikTok, Rossa Sera turut memuat naik video ketika mereka berangkat menaiki kapal terbang dengan kapsyen ‘doakan kami berdua’ beserta emoji hati.
Di ruangan komen, para pengikut dan rakan artis mendoakan semoga pasangan ini kekal bahagia selamanya. Mereka mengucapkan syukur di atas peluang kedua yang diberikan Allah SWT kepada mereka.