Oh! Artis

Ditegur Pakai Baju Sendat Ikut Bentuk Badan, Wawa Zainal Akan Perbaiki Imej

Published on

Sebagai penaja rasmi program nyanyian Big Stage 5, pemilik Wawa Cosmetic iaitu Wawa Zainal dan Aeril Zafril antara yang menjadi tumpuan ramai setiap minggu.

BACA: “Yela Kau Seorang Je Ahli Syurga” – Wawa Zainal Selar Individu ‘Nerakakan’ Orang

Pada persembahan minggu kedua yang berlangsung semalam, pelakon itu ditegur gara-gara memakai gaun hitam mengikut bentuk badan.

Memetik laporan Gempak, peminat meluahkan rasa kecewa melihat selebriti itu memakai pakaian terlalu sendat. Salah seorang peminat meninggalkan pesanan supaya Wawa menjaga penampilannya dengan baik.

Tidak melatah, Wawa berkata dia akan menambah baik pakaiannya pada minggu depan. Mendengar jawapan itu, peminat memuji Wawa yang boleh menerima teguran dengan baik.

Kredit: Instagram Wawa Zainal | Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Exit mobile version