Menurut Harris, isterinya yang sarat hamil itu kini mempunyai tabiat menyukai dengan bau simen. Alahai, sampai macam tu ye?
Rutin setiap petang
Pelakon itu juga mendedahkan bahawa dirinya akan membawa Asha berjalan di kawasan tangga setiap hari hanya untuk membenarkan isterinya menghidu bau simen.
Dilema seorang bakal ibu, inilah rutin saya setiap petang bawa dia pergi kawasan tangga kecemasan.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen terhibur dengan sikap dan alahan yang dialami oleh ibu yang mengandung itu.
Haih, nasib baik nak bau simen je. Kalau Asha nak bau yang susah nak jumpa lagi payah bukan?